IUI pertama kali dan berjaya

Assalamualaikum kepada para pembaca. Ini first time sy menulis blog jd agak kekok sikit nk bercerita.

Sy rsa tpanggil nk story psl journey iui sy di hukm. Sblm ni sy byk baca psl iui journey di byk blog rsa berpuluh jugak la sy baca. Tp most of them failed n honestly lpas baca blog diorg ni sy rsa takut n x confident mula2.  

Tp sy tawakal n teruskn jugak prosedur iui sy mengikut arahan n tunjuk ajar staff n nurse di hukm. Jutawan terima kasih sy ucapkan pd Dr Faizal yg sgt mesra n professional serta semua staff n nurse yg byk bersabar melayan kerenah n perangai kami suami isteri.

Miscarriage kandungan pertama

Sblm sy start psl iui rsanya better sy story sikit dulu psl sejarah kandungan sy yg first thn 2017. Sy telah kehilangan anak syurga sy pd bln mei 2018 iaitu stlh 26w n perkara ni sgt x disangka n mengejutkn pd kami n kedua belah keluarga memandangkan hanya beberapa bln saje lg anak sy spatutnya dilahirkan ke dunia namun perancangan Allah adalah yg terbaik n anak syurga hanya dipinjamkan beberapa bln saje sblm kembali kpd penciptaNya. Hanya kesabaran n redho saje yg mjadi kekuatan kami ketika ini.

Usaha untuk mengandung semula

Sblm sy mencuba prosedur iui ni sy tlh melakukan pelbagai usaha spt minum produk yg membantu kehamilan, berurut malah pergi bekam hamil yg msa tu viral. 😂

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke klinik kesuburan yg berhampiran n boleh dipercayai iaitu Klinik Siti. Honestly kami mengambil keputusan ini stlh mencuba kaedah yg lain kerana risau kos yg tinggi namun rupanya kos utk rawatan kesuburan sbnrnya mampu utk sesiapa saja. 

Bermula journey iui

Stlh buat beberapa panggilan utk tanya prosedur n kos utk kes kami akhirnya kami menjejakkan kaki ke Klinik Siti. Ketika ini sy di estimate akan period lg seminggu memandangkan period sy regular n hanya lari sehari dua saje, samada awal atau lewat, setiap bln. Setiap ibu yg plan utk preggy should download apps yg record period setiap bln supaya senang nk buat rujukan.

Utk first appointment ni doc akan scan guna ultrasound machine tu utk tgk kedudukan rahim n kalau ada cist atau apa2 mslh yg mungkin menyebabkan prob kenapa masih blum berjaya conceive.

Stlh scan doc dpt detect rupanya kedudukan rahim terlalu ke dpn n menyebabkan susah utk sperm masuk. Stlh scan doc mulakan perbincangan n bertanya sejarah kandungan sy sblm ini. Kedudukan rahim sy jd begitu mungkin disebabkan urutan yg pernah sy buat sblm ini. Disebabkan sy byk kali berurut xtau la yg mana satu yg dh tolak rahim sy kuat sgt smpai jd cmtu. Pengajaran kepada yg lain ye..hati2 klau nk berurut tu x semua yg ckp pandai urut sbnarnya btul2 pandai.

Memandangkan sy tiada apa2 mslh selain kedudukan rahim tu doc proceed utk teruskn dgn clomid. Sy diberi bekalan utk clomid utk 2 bln yg perlu dimkn pd hari kedua hingga keenam period. Clomid perlu dimkn pd masa yg tetap setiap hari x kisah samada pg atau mlm. Sy dikehendaki mkn sebiji saje. Kami suami isteri juga diberi hari ke 10, 12, 14 n 16 utk bersama. Stiap psgn x sama bergantung pd hari subur msg2. Doc jugak memberi panduan cara yg plg sesuai ketika bersama memandangkan rahim sy yg terlalu ke dpn dr yg sepatutnya. Ini lah pentingnya consult dgn doc yg memang focus pd kesuburan. Mereka akan cuba membantu kita sebaik mungkin. Jgn dgr nasihat org yg acah2 pakar diorg x scan perut kita xtau mcm mana kt dlm tu kejadiannya.

Stlh sbln masih x berjaya kami kembali ke Klinik Siti n doc cadangkn utk teruskn lg sbln mkn clomid. Time ni doc bertugas cdgkn klau x berjaya jugak trus proceed ke hukm. Namun ketika consult utk bln kedua (x berjaya lg), kami jumpa doc yg berbeza n bg cadangan utk teruskn lg sbln iaitu sbyk 3 cycle clomid. Doc ni percaya kami boleh berjaya dgn cara normal tanpa iui. Namun masih blum rezeki n kami kembali ke klinik utk meneruskn prosedur iui. Kebetulan bjmpa dgn doc yg kedua n doc cdgkn utk proceed ke htar. Kami refused n stick dgn cadangan doc yg mula2 consult kami utk ke hukm memandangkan gov hospital kena tggu giliran. Hukm adalah semi gov so prosedur cpt walaupn lebih mahal sikit dr fully gov. Doc pn setuju n buat surat reference utk kami ke hukm. Esoknya sy trus call hukm utk buat appointment rupanya first step adalah hantar surat ref je. Lpas tu kena tggu call utk dptkan date consult dgn doc 😅 Sy teringatkan doc yg first bg cadangan utk ke hukm tu ade buat offer utk appointment dgn Dr Faizal sblm ni so sy call klinik utk tanya bila doc tu bertugas utk mnta bantuan dia 😁 Akhirnya stlh bjmpa dgn doc tu trus dpt date appointment ke hukm. Alhamdulillah Allah permudahkan. Klau x bygkn suami sy kena ambil cuti semata2 nk hantar surat ke hukm. Sy duduk kt klang klau dekat boleh la sy pergi sendiri, ni kena guna waze pulak nk ke sana. Klau sesat lg mslh. N mmg first time ke hukm sesat sbb hukm byk pintu masuk n kami ke bhgn faculty pulak 😂 nasib baik pak guard baik hati tolong tjuk jln.

Dlm xde idea pjg pulak cerita sy 🤣🤣🤣 sy mmg jenis klau bcerita mmg details. Kita sambung next episode ye








Comments